KECEKAPAN TENAGA...ADAKAH ANDA KETAHUI MAKSUD SEBENAR?
- Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat,berhemat dan bijaksana.Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan,menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.
- Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga.
- Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga.
- Sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.