TIPS JIMATKAN TENAGA
1. Plug – Matikan suis dan tanggalkan plug apabila peralatan elektrik yang tidak digunakan. Menurut TNB, pengaliran tenaga akan tetap berlaku kalau plug tidak ditanggalkan.
pintu, lebih cepat bilik anda sejuk. (Foto:Microban)
3.Tukar mentol-Gunakan lampu LED
untuk lebih penjimatan elektrik. Lampu LED bukan sahaja menggunakan kurang
tenaga elektrik, malahan tidak memerlukan masa untuk memanaskan sebelum
menyala. Lampu LED juga lebih tahan lama berbanding lampu biasa. (Foto: Inland Power)
4.Peti sejuk-Peti sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik.Apatah lagi, ia biasanya digunakan selama 24 jam. Oleh itu,jika ingin mengurangkan bil elektrik di rumah,anda perlu mengetahui cara untuk menjimatkan penggunaaan elektrik peti sejuk.
Berikut beberapa langkah yang boleh diamalkan iaitu:-
- Cairkan air yang beku dengan kerap. Jangan biarkan ais terbentuk melebihi 0.5cm
- Pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat, letakkan sekeping kertas satu ringgit dan tarik. Jika kertas boleh ditarik dengan mudah, maka gasket perlu ditukar.
- Untuk memastikan penyejukan yang baik, pastikan barangan makanan disimpan secara teratur. Pengaliran udara yang baik memastikan penggunaan tenaga dengan cekap.
- Tutup makanan yang berair, kandungan air yang tinggi dalam peti sejuk akan menyebabkan kompresor bekerja dengan keras.
- Jangan gunakan pelapik kertas untuk menyejukkan makanan kerana kertas adalah penebat haba. Gunakan pelapik aluminium yang boleh diguna semula ataupun bekas stainless steel.
- Letakkan peti sejuk jauh daripada sinaran matahari secara terus. Ini akan menaikkan suhu peti sejuk. Pada masa yang sama, haba daripada koil kompresor mesti bergerak dengan senang untuk memudahkan proses penyejukan.
- Kerap bersihkan koil peti sejuk di belakang atau di bawah unit untuk memastikan penyejukan yang baik.
- Disebabkan peti sejuk membebaskan haba di bawah ataupun di elakang unit, pastikan terdapat ruangan yang mencukupi untuk aliran udara lebih kurang 5cm atau lebih.
- Jangan simpan peti sejuk yang melebihi 10 tahun kerana besar kemungkinan ia tidak cekap tenaga. Ini akan menyebabkan pembaziran tenaga elektrik.
Kita perlu bijak menggunakan tenaga. Lihat video di bawah :
Blog ini banyak memberikan input mengenai penjimatan tenaga.Semoga usaha anda dapat diaplikasikan oleh semua pengguna di Malaysia Dan dapat menjimatkan Sumber tenaga di Negara kita.
BalasPadamBlog yang bagus. berusaha lagi. kreatif :)
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamTerima kasih,semoga bermanfaat☺
BalasPadam