Selasa, 11 Julai 2017

MAKSUD KECEKAPAN TENAGA

KECEKAPAN TENAGA...ADAKAH ANDA KETAHUI MAKSUD SEBENAR?


  • Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat,berhemat dan bijaksana.Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan,menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.   
  • Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga. 
  • Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga. 
  • Sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.


Isnin, 10 Julai 2017

FUNGSI LABEL

FUNGSI LABEL




Label cekap tenaga ini bertujuan memberikan maklumat yang lebih terperinci dalam membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga. 
  • Bintang pada label cekap tenaga ini menunjukkan kecekapan barang elektrik tersebut dalam menjimatkan tenaga.
  • Label yang mempunyai taraf 1 bintang  menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi. 
  • Label tersebut boleh didapati pada barang elektrik tertentu seperti peti sejuk, pendingin hawa, televisyen dan kipas angin. 
  • Pengguna boleh membuat pilihan dengan melihat kepada taraf bintang pada barang elektrik tersebut. Label ini juga boleh membantu pengguna membuat perbandingan antara satu barang dengan barang yang lain.
  • Pengiraan kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk ditentukan melalui kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhjaya Tenaga.
  • Proses pengujian tersebut dijalankan oleh pihak SIRIM. Sekiranya pengujian tersebut lulus, maka Suruhanjaya Tenaga akan memberi pengiktirafan label kecekapan tenaga berdasarkan  taraf 1 hingga 5 bintang.
  • Standard adalah satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan dan kualiti bagi sesuatu barang dan perkhidmatan.
  • Di Malaysia, satu jawatankuasa teknikal Performance of Household and Similar Electrical Appliances telah ditubuhkan bertujuan membangunkan standard berkaitan dengan kecekapan tenaga.Standard ini bertujuan menghasilkan barangan elektrik bagi kegunaan isi rumah yang cekap tenaga.

  • Dokumen MS (Malaysian Standard) yang sedang dibangunkan ini akan membantu industri dan pengeluar untuk mematuhi ciri-ciri dan kriteria tertentu yang ditetapkan.

    Sabtu, 8 Julai 2017

    ADAKAH KECEKAPAN TENAGA SAMA DENGAN PENJIMATAN TENAGA?
    • Penjimatan tenaga tidak semestinya diterjemahkan kepada penggunaan tenaga yang cekap. Walau bagaimanapun, kedua-dua kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga akan menjimatkan tenaga dan mengurangkan kos operasi.


    a. Kecekapan tenaga
    • Ini dapat dicapai dengan aplikasi teknologi yang cekap, seperti motor yang cekap tenaga yang tinggi,lampu, dan lain-lain.
    • Ia melibatkan kos pelaburan dan memerlukan pakar untuk mengenal pasti teknologi yang betul. Kecekapan tenaga kebanyakannya digunakan untuk industri.

    b. Penjimatan tenaga
    • Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari dan lain-lain.
    • Ia tidak melibatkan kos dan memerlukan perubahan tingkah laku pengguna sahaja. Penjimatan tenaga boleh digunakan dalam semua sektor.




    Sabtu, 1 Julai 2017

     MENGAPA KECEKAPAN TENAGA PENTING?



    a. Mengurangkan perbelanjaan

    • Penggunaan tenaga secara cekap akan menunjukkan kadar penjimatan tenaga dan wang yang kurang dibelanjakan untuk tenaga itu. Penjimatan itu boleh diterjemahkan ke dalam bil-bil tenaga atau elektrik yang lebih rendah.

    b. Lahirkan masyarakat yang bijak.

    • Apabila membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, pengguna yang bijak mengetahui isi kandungan dan sumber barang tersebut sebelum membelinya. Dengan cara ini, masyarakat akan hidup dengan lebih kondusif dengan meminimumkan pembaziran. Seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini.




    Jumaat, 23 Jun 2017

    FAEDAH KESELURUHAN KECEKAPAN TENAGA

    FAEDAH KESELURUHAN KECEKAPAN TENAGA

    a. Kos
    • Pengurangan kos tenaga akan membawa kepada kos pengurusan operasi   yang sedikit dan akan meningkatkan keuntungan yang tinggi.
    • Kesan positif ke atas produktiviti dan daya saing.

    b. Perlindungan alam sekitar
    • Pengurangan pengeluaran karbon  yang menyumbang kepada pemanasan global.
    • Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang lebih bersih.
    • Kecekapan tenaga adalah salah satu cara yang paling berpotensi untuk mengurangkan GHG dalam jangka masa pendek.

    c. Keselamatan bekalan   
    • Kurang logi jana kuasa, penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan dan pembinaan.
    • Membendung pertumbuhan permintaan tenaga global atau tempatan dan meningkatkan keselamatan bekalan.
    • Kurang penggunaan tenaga bermakna hanya sedikit sahaja bahan api diperlukan untuk membakar yang membawa kepada pengurangan jangka masa panjang dalam penggunaan tenaga. Ini membantu memanjangkan hayat sumber-sumber asli seperti bahan api fosil, arang batu dan gas.

    d. Jauhkan diri dari hutang
    sebelum memulakan amalan berjimat-cermat, pastikan segala hutang telahpun dilangsaikan. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya akan terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri. Lebih awal seseorang itu berurusan dengan hutang, lebih mudah ia ditangani. Boleh berjimat tanpa menanggung beban hutang selepas itu.




    Sabtu, 10 Jun 2017

    TIPS JIMATKAN TENAGA

    TIPS JIMATKAN TENAGA


    1. Plug – Matikan suis dan tanggalkan plug apabila peralatan elektrik yang tidak digunakan. Menurut TNB, pengaliran tenaga akan tetap berlaku kalau plug tidak ditanggalkan.



      2.Tutup pintu/langsir/tingkap-Apabila anda pasang pendingin hawa, pastikan persekitaran dalam keadaan yang tertutup.Bilik anda akan mengambil masa yang lebih lama untuk sejuk jika anda di kawasan yang terbuka. Jadi, jika anda tutup
      pintu, lebih cepat bilik anda sejuk. (Foto:Microban)




      3.Tukar mentol-Gunakan lampu LED untuk lebih penjimatan elektrik. Lampu LED bukan sahaja menggunakan kurang tenaga elektrik, malahan tidak memerlukan masa untuk memanaskan sebelum menyala. Lampu LED juga lebih tahan lama berbanding lampu biasa. (Foto: Inland Power)



      4.Peti sejuk-Peti sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik.Apatah lagi, ia biasanya digunakan selama 24 jam. Oleh itu,jika ingin mengurangkan bil elektrik di rumah,anda perlu mengetahui cara untuk menjimatkan penggunaaan elektrik peti sejuk.



      Berikut beberapa langkah yang boleh diamalkan iaitu:-

      • Cairkan air yang beku dengan kerap. Jangan biarkan ais terbentuk melebihi 0.5cm
      • Pastikan pintu peti sejuk ditutup rapat, letakkan sekeping kertas satu ringgit dan tarik. Jika kertas boleh ditarik dengan  mudah, maka gasket perlu ditukar.
      • Untuk memastikan penyejukan yang baik, pastikan barangan makanan disimpan secara teratur. Pengaliran udara yang baik memastikan penggunaan tenaga dengan cekap.
      • Tutup makanan yang berair, kandungan air yang tinggi dalam peti sejuk akan menyebabkan kompresor bekerja dengan keras.
      • Jangan gunakan pelapik kertas untuk menyejukkan makanan kerana kertas adalah penebat haba. Gunakan pelapik aluminium yang boleh diguna semula ataupun bekas stainless steel.
      • Letakkan peti sejuk jauh daripada sinaran matahari secara terus. Ini akan menaikkan suhu peti sejuk. Pada masa yang sama, haba daripada koil kompresor mesti bergerak dengan senang untuk memudahkan proses penyejukan.
      • Kerap bersihkan koil peti sejuk di belakang atau di bawah unit untuk memastikan penyejukan yang baik.
      • Disebabkan peti sejuk membebaskan haba di bawah ataupun di elakang unit, pastikan terdapat ruangan yang mencukupi untuk aliran udara lebih kurang 5cm atau lebih.
      • Jangan simpan peti sejuk yang melebihi 10 tahun kerana besar kemungkinan ia tidak cekap tenaga. Ini akan menyebabkan pembaziran tenaga elektrik.

      Kita perlu bijak menggunakan tenaga. Lihat video di bawah :

      Selasa, 6 Jun 2017

      KESIMPULAN KECEKAPAN TENAGA

      CEKAP  TENAGA  AMALAN KITA


      JADILAH PENGGUNA YANG CEKAP KE ARAH KESEJAHTERAAN SEJAGAT 



      SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH TERUTAMA KEPADA
      http://www.mypengguna.com  KERANA MENGANJURKAN PERTANDINGAN
      MEMBUAT BLOG. 

      TERIMA KASIH KEPADA SESIAPA YANG SUDI MELAWAT BLOG INI
      SEBARANG KESILAPAN HARAP DIMAAFKAN.


      SUMBER RUJUKAN:

      https://17chipmunks.wordpress.com/2011/09/22/tenaga-nasional-berhad/
      http://2.bp.blogspot.com
      https://2.bp.blogspot.com
      http://1.bp.blogspot.com
      https://image.slidesharecdn.com